Thursday, March 25, 2010

Pengumuman

Bayaran pertama untuk kutipan kawalan keselamatan akan diadakan pada penghujung bulan Mac 2010,
diminta semua penduduk menjelaskannya kepada wakil-wakil blog yang dilantik bagi memudahkan pembayaran kepada sykt. kawalan keselamatan untuk bulan April
Segala kerjasama bagi semua penduduk amatlah saya hargai

sekian terima kasih.

Thursday, March 18, 2010

Mesyuarat AJK 3

Mesyuarat Jawatankuasa Komuniti Subang Pemata kali ke-3 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 21 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 8 malam
Tempat : 56 JLN U6/16A (rumah Pengerusi)

Semua Ahli Jawatankuasa diwajibkan hadir.

Harap maklum.

Friday, March 12, 2010

Pengumuman- baik-pulih kerosakan

Pihak Pemaju akan berurusan terus dengan pemilik rumah bagi tujuan baik-pulih. Pemaju akan memaklumkan tarikh temu-janji untuk tujuan tersebut. Pemilik diminta memberi kerjasama pada pihak Pemaju.

Sila beri maklumbalas kepada Jawatankuasa Komuniti Subang Permata sekiranya Pemaju gagal memenuhi temujanji yg telah ditetapkan.

Terima kasih.

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN

Untuk makluman semua, perkhidmatan kawalan keselamatan telah di sambung sehingga akhir Mac 2010 oleh pihak pemaju.

Pihak pemaju juga berjanji utk memberi sumbangan untuk perkhidmatan kawalan keselamatan bagi tempoh 1 bulan kepada pihak Komuniti Subang Permata setelah perkhidmatan kawalan keselamatan sedia ada tamat dengan syarat Komuniti Subang Permata didaftarkan dengan ROS.

Harap Maklum.