Tuesday, April 27, 2010

Penangguhan perjumpaan Warga Wanita

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Demo Masakan pada Sabtu ini (1 May 2010) akan ditangguhkan pada suatu tarikh lain.

Harap maklum.

Monday, April 26, 2010

Aktiviti Biro Wanita #1/2010

Untuk warga wanita Subang Permata:

Kelas demo choc moist cake & jahitan manik/labuci pada Sabtu ini jam 3 petang bertempat di rumah Jaja (No 52, Jln Sigma U6/16A).

Sila beri pengesahan kehadiran anda kepada Ketua Biro selewat2nya Rabu ini.

Terima kasih.

Sunday, April 25, 2010

Blog/facebook

Kepada semua Warga Subang Permata,

Sila tinggalkan blog address dan/atau facebook anda pada ruangan comment di sini.

Terima kasih.

Update: Perjumpaan Kaum Wanita

Perjumpaan pertama kaum wanita Komuniti Subang Permata telah diadakan pagi tadi dengan beberapa keputusan telah dibuat seperti berikut:
  1. Objektif Biro Wanita adalah mengadakan aktiviti yang dapat mengeratkan silaturrahim serta menjamin keharmonian warga Subang Permata
  2. 2 kali perjumpaan akan diadakan sebulan bermula bulan Mei ini. Perjumpaan dicadangkan dilakukan pada petang Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan. Walaubagaimanapun, tarikh sebenar perjumpaan mungkin berubah mengikut kesesuaian.
  3. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:
  • Memasak (baking, cooking and such)
  • Kraft
  • Riadah & Rekreasi
  • Agama dan kebajikan

Untuk bulan Mei, aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan adalah:

1. Minggu pertama (1 Mei 2010/Sabtu jam 3 petang) - di rumah Jaja (No 52, Jln Sigma U6/16A)

  • Demo membuat chocolate moist cake oleh Jaja
  • Jahitan manik & labuci

2. Minggu ketiga (16 May 2010 / Ahad)- di rumah Asnah/Kak Yah

  • Majlis bacaan Yassin

Untuk kedua2 aktiviti di atas, sila maklumkan kepada Ketua Biro Wanita akan kehadiran anda.

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, April 20, 2010

Perjumpaan Kaum Wanita

Satu perjumpaan untuk semua kaum wanita di Subang Permata akan diadakan seperti berikut:


Tarikh : 25hb April 2010 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: kediaman Pengerusi (No. 56, Jln U6/16A)

Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan aktiviti khusus untuk kaum wanita serta mengeratkan silaturrahim.

Semua kaum wanita dijemput hadir.

Gotong-royong #1/2010

Satu aktiviti gotong-royong akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 25hb April 2010 (Ahad)
Masa: bermuala 8.30 pagi
Tempat berkumpul: hadapan rumah Pengerusi (No 56, Jalan U6/16A)
Aktiviti: Membetulkan pagar & kebersihan persekitaran

Semua penduduk diminta hadir untuk aktiviti ini. Sarapan pagi disediakan (sumbangan Pengerusi & isteri). Kepada penduduk yang ingin menyumbangkan makanan/minuman, sila maklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi.

Terima kasih.

Tuesday, April 13, 2010

Mesyuarat AJK

Seperti biasa mesyuarat ajk akan diadakan pada hari seperti berikut

Hari ahad
Tarikh 18/4/2010
Masa 8.00

semua ajk mesti hadir